top of page

ABOUT US

FURSAN berasal dari kalimah Arab yang bermaksud kuda perang di barisan hadapan. Hasrat kami adalah untuk menjadi mereka yang berketrampilan, berjiwa islam, berakhlak mulia dan berani merealisasikan islam hingga ke peringkat dunia. Oleh itu, kami tidak hanya fokus kepada pengisian akademik semata-mata tetapi sistem tarbiyyah juga untuk memenuhi maksud yang telah diimpikan.
 

Pada awal penubuhan Fursan, Fursan hanya menyediakan sekolah rendah islam (SRI) Fursan Soleh bagi memudahkan penduduk Putra Height khususnya. SRI Fursan Soleh turut menganjurkan beberapa aktiviti untuk merangsang anak-anak fursan bukan sahaja aktif di dalam bidang akademik tetapi turut aktif dalam ko-kurikulum seperti berenang dan memanah.  Bagi memudahkan lagi ibubapa yang sibuk bekerja, Fursan turut menyediakan perkhidmatan Fursan Transit berkonsepkan "Feel Like Home" yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar SRI Fursan Soleh. Selain itu, Fursan turut menyediakan perkhidmatan Fursan Transport bagi memudahkan ibubapa menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah.  

 Namun, melihat kepada kehendak penduduk kepada ilmu agama kini lebih mendalam, akhirnya Fursan juga telah bekerjasama dengan Al-Baghdadi dalam memastikan kelancaran bacaan Al-Quran dan juga hafalan dengan menggunakan kaedah "Neurofisiologi" iaitu dengan menggunakan teknik mengaktifkan otak kanan dan kiri. Selain itu, baru-baru ini, satu lagi program telah dilancarkan dengan kerjasama "Rumah Ngaji Malaysia" iaitu RUMAH NGAJI @ PUTRA HEIGHT dengan menggunakan kaedah "tadabbur" & "tazakkur" dan juga kaedah "Al-Badar (Tajwid)". Kelas diadakan secara percuma di Dewan Fursan setiap hari ahad minggu pertama dan juga minggu ketiga. 

 
Kini, Fursan tampil dengan satu lagi projek baru iaitu training, dimana pihak kami bakal menyediakankan program-program akademik seperti celik kewangan, akil baligh, bahasa arab dan lain-lain selain turut menawarkan perkhidmatan Dewan Seminar yang murah dan berbaloi. 

Selain itu, pihak kami juga sedang bekerja keras untuk merealisasikan satu lagi projek iaitu Lawatan &Ziarah dengan memenuhi moto kami "LONG LIVE LEARNING" dengan bimbingan Ustazah Asmak Husin dan juga Ustaz Fakaruddeen. Antara tempat yang bakal dikunjungi ialah Mekah, Thailand dan banyak lagi.

Bagi menambah pendapatan untuk perkembangan Fursan, pihak Fursan turut menjual beberapa produk seperti Rempah Ustazah, Stokin import dari Mesir, Jamu dan juga buku-buku ilmiah.

VISI

MISI

Menjadi suatu pusat pendidikan dan konsultansi mapan yang terkemuka, berkonsepkan ‘LONG LIFE LEARNING’ dalam mewujudkan mukmin professional di Malaysia.

1)    Menyediakan pelbagai perkhidmatan berkonsepkan ‘One Stop Centre’. 
2)    Mengubah kehidupan orang lain dengan menyediakan peluang pembelajaran tanpa mengira batas usia.
3)    Menerapkan modal insan dalam diri peserta untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

USTAZ FAKARUDDEEN
PENGARAH URUSAN

Degree n Master, Aqidah & Pemikiran Islam, Usuluddin, Universiti Malaya.
- Tauliah mengajar JAIS, kategori D1, MAIS/SPK/BPT/01/012/1/17.
- sijil Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Dar Ifta', kaherah, Mesir.
- Sekretariat Syubban, Persatuan Ulama Malaysia, PUM (pusat).
- Naqib Usrah Fitrah (ngo calebriti berhijrah) 
- Penasihat Kembara Iman (ngo mualaf)
- Bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM

USTAZAH ASMAK HUSIN
PENASIHAT
  • Diploma in Administration of Islamic Law & Judiciary, UIAM

  • LLM in Administration of Islamic Law, UIAM

  • Ijazah sarjana muda syariah fiqh usul UM

  • Panelis untuk Tanyalah Ustazah TV9

  • Panelis Fiqh Wanita TV3

  • Panelis Serikandi Syurgawi TV3

  • Penceramah Fiqh Wanita untuk JAKIM & JAWI

  • Kini merupakan pensyarah ACIS Uitm 

  • Persatuan Ulama Malaysia, PUM

© 2017 by Fursan Forward Academy

bottom of page